Bayangkan matlamat seperti sebuah bangunan dan kita adalah arkitek. Arkitek akan mencipta idea dan menuliskan idea itu kedalam kertas/laptopnya....bangunan-bangunan terulung dan bertaraf dunia tidak dapat direalisasikan jika tidak dilakar atas kertas..begitu juga dengan diri kita. Lahir dan imaginasikan ke dalam minda, dan zahirkan dalam bentuk yang boleh dilihat. "APA YANG MATA,HATI DAN MINDA LIHAT, MINDA AKAN PERCAYA".
Apa yang kita percaya akan menjadi realiti suatu hari nanti...apabila menulis matlamat sebenarnya kita menjelaskan keinginan kita, dan minda akan memberi isyarat keseluruh badan supaya bertindak sesuai dengan matlamat kita, ia seolah memberi suatu komitmen pada diri kita..matlamat yg tidak dicatat atau tidak diingatkan selalu akan hilang dan hanyut begitu sahaja. Kebanyakan orang berjaya dengan cara membenarkan minda percaya apa yang dilihat dan dia yakin..
Jika kita bermatlamat menjadi jutawan, kita akan jadi jutawan bila minda percaya. Setiap perkara yang diiginkan,matlamat perlu wujud sebanyak 2 kali :
1.dalam minda
2.catatkan then baru akan muncul dalam realiti.
APABILA BERDOA..jangan berdoa dengan ucapan yang negatif...kajian mendapati apabila selalu sebut perkataan gagal, gagal akan selalu bermain dalam kepala dan minda akan selalu ingatkan kita bahawa kita selalu gagal...sepatutnya bila berdoa ucapkan "kurniakanlah aku kemurah rezeki,berilah aku kejayaan".....jangan ucap "jangan gagalkan aku, aku takut gagal". Perkataan sebegini melemahkn motivasi kepada diri kita, memberi unsur-unsur negatif terhadap diri kita..menetapkan dan menulis matlamat adalah seperti sistem GPS, minda adalah kereta dan kita adalah pemandunya...
~Allah MAha Perancang atas Segala perancangan manusia~



No comments:
Post a Comment